Home Sekolah Program Kerjasama JEMPUTAN : Cabaran Angkasa Kebangsaan 2013 (National Space Challenge 2013)
English   Malay   
JEMPUTAN : Cabaran Angkasa Kebangsaan 2013 (National Space Challenge 2013) PDF Cetak
Isnin, 15 April 2013 01:52
Cabaran Angkasa Kebangsaan (NSC) merupakan satu program pendidikan yang direka khas dalam usaha untuk memupuk bakat dan minat seawal mungkin terutamanya di kalangan pelajar sekolah rendah terhadap kefahaman tentang astronomi dan sains angkasa. Program ini dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu program pendidikan merentas kurikulum sekolah rendah setiap tahun.

NSC telah memasuki tahun ke-16 sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1997 sebagai Kuiz Sains Angkasa Piala Perdana Menteri peringkat sekolah rendah. Semenjak tahun 2005, proses pemilihan pelajar ke pertandingan akhir telah diberi nafas baru di mana pelajar dikehendaki melalui proses pembelajaran yang lebih mendalam dari segi pendedahan secara amali. Konsep ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah. Ia terbukti merevolusikan program sains di Malaysia dan menjadi penanda aras baru bagi program pendidikan sains pada masa hadapan.

Harapan ANGKASA agar program ini akan terus sentiasa mencetus bakat dan minat lebih ramai generasi muda tempatan dalam menerokai bidang sains angkasa dan memahami manfaat angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu.
 
Objektif
  1. Untuk menarik minat generasi muda Malaysia terhadap sains angkasa;
  2. Untuk membina kemahiran pelajar-pelajar dalam penyelidikan saintifik;
  3. Untuk mempelajari konsep dan teknik berkenaan sains angkasa;
  4. Untuk memberi pengalaman mengenai konsep dan proses sains;
  5. Untuk menghargai sains angkasa sebagai kepentingan peribadi dan negara; dan
  6. Untuk memupuk nilai kerjasama antara pelajar-pelajar sebagai satu pasukan.

Carta Aliran Program

Ujian Kelayakan NSC2013*
26 Jun 2013 (Rabu), 10.00 pagi



National Space Camp
6 – 8 Oktober 2013 (Ahad - Selasa)
Planetarium Negara, Kuala Lumpur



Pertandingan Akhir NSC2013
9 Oktober 2013 (Rabu)
Planetarium Negara, Kuala Lumpur

Nota: *Ujian Kelayakan NSC2013 adalah terletak di bawah kawalan dan penganjuran Jabatan Pelajaran Negeri.

Peraturan & Syarat-syarat NSC2013

Sila klik sambungan berikut untuk mendapatkan maklumat peraturan & syarat-syarat TERKINI bagi NSC2013:

Peraturan Umum dan Syarat-syarat


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia NSC2013
Planetarium Negara
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Lot 53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

Tel    : +603-2273 4303/5484
Faks    : +603-2273 5488

Emel    :  Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya (Pn. Nur' Fazilah Binti Mohamad Hanafiah); atau
              Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya (En. Jong Tze Kian)